Home » » Lima perkosa jurugambar wanita

Lima perkosa jurugambar wanita

Written By LAILANATASHA on Saturday, August 24, 2013 | 1:32 PM



New Delhi: Seorang jurugambar wanita diperkosa lima lelaki semalam selepas penyerang mengikat dan memukul rakan setugas lelakinya di Mumbai.

Polis berkata, kes itu sama dengan kejadian rogol dan bunuh seorang pelajar universiti di ibu negara India, Disember lalu.



Polis berkata, mangsa sedang bertugas mengambil gambar sebuah kilang tekstil terbiar di selatan Mumbai, kelmarin.




Pura-pura hulur bantuan

Lima lelaki muncul dan menawarkan bantuan untuk membolehkannya mengambil gambar dalam bangunan itu.

Pesuruhjaya Polis, Satyapal Singh, berkata lelaki terbabit mengikat rakan setugasnya dengan tali pinggang sebelum memperkosanya.

Mangsa yang berusia 22 tahun dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital.
Serangan terbaru berlaku ketika semakin ramai pihak bimbang dengan kes keganasan seksual di India.

Kejadian memperkosa dan kematian seorang pelajar dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember lalu menyedarkan penduduk hingga memprotes keganasan terhadap wanita selain mencetuskan desakan wanita diberi perlindungan lebih baik.

Sebagai balasan, kerajaan meluluskan undang-undang meningkatkan tempoh penjara atas kesalahan rogol.

Undang-undang itu juga menetapkan hukuman terhadap kesalahan mengekori, melakukan serangan asid dan mengeksploitasi wanita.

AP
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger