Home » » Tembak : 6 lelaki cedera di Simpang Ampat

Tembak : 6 lelaki cedera di Simpang Ampat

Written By LAILANATASHA on Saturday, August 24, 2013 | 1:25 PM



Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru dalam kejadian di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata kejadian berlaku 10.45 malam, apabila dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampiri dan melepaskan tembakan secara rambang ke arah kedai terbabit.



"Akibat tembakan itu, dua lelaki mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dan punggung, manakala empat lagi luka-luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian awal hari ini.




Abdul Rahim berkata, mangsa yang cedera duduk di dua buah meja paling hadapan, iaitu dua yang terkena tembakan duduk di sebuah meja, manakala empat lagi yang duduk di meja bersebelahan terkena serpihan peluru.

Mangsa yang berusia antara 20 dan 50 tahun terbabit dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan, katanya.

"Menurut saksi yang berada di kedai berkeaan, dua lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi kaledar penuh dan mereka terus memecut laju sebaik kejadian tersebut," katanya.

Abdul Rahim berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan geng kongsi gelap.
"Setakat ini, kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi polis percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kita tidak akan berdiam diri dan akan cari mereka yang terlibat dalam kes ini segera," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger