Home » » PRK Sungai Limau: Ahmad Sohaimi Berdedikasi Dan Mesra

PRK Sungai Limau: Ahmad Sohaimi Berdedikasi Dan Mesra

Written By LAILANATASHA on Sunday, October 27, 2013 | 12:05 PM




Ketika menjadi tenaga pengajar di SekolahMenengah Agama Taufikiah Khairiah al-Halimiah atau lebih dikenali Pondok Pak Yadekat sini pada 1980-an, Dr Ahmad Sohaimi Lazim merupakan seorang guru berdedikasi dan mudah didampingi pelajar.

Calon Barisan Nasional (BN) itu yang merupakan guru Sains sering mendapat pujian daripada pihak sekolah kerana prestasi pelajar dalam mata pelajaran itu meningkat.



Ghazali Ishak, 54, yang pernah mengajar di pondok Pak Ya bersama-sama AhmadSohaimi, berkata bekas rakan setugasnya itu yang ketika itu berusia sekitar 20-an sering menjadi rujukan pelajar untuk bertanyakan masalah mengenai matapelajaran.




"Dia (Ahmad Sohaimi) guru muda ketika itu dan dia pandai jaga tata tertibdengan pelajar dan dia juga guru yang berdisiplin. Guru dan pelajar amat sanjung kepadanya," katanya kepada Bernama di sini.

Guru mata pelajaran Balaqah dan Nahu Sorof di Sekolah Menengah Agama SungaiLimau itu berkata Ahmad Sohaimi merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan tidak kekok untuk membantu guru lain dalam pelbagai perkara.

Ghazali berkata calon BN itu yang merupakan guru di bawah Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mengajar selama enam tahun di pondok Pak Ya sebelum menyambung pelajaran ke Universiti Sains Malaysia pada tahun 1987.

Bapa kepada enam anak itu berkata walaupun guru di sekolah terbabit yang rata-rata ahli dan penyokong PAS, Ahmad Sohaimi tidak kekok untuk mengajar bersama-sama mereka, malah sering bertukar pandangan dalam pelbagai perkaradengan mereka.
"Sohaimi langsung tidak kira apa fahaman politik, dan matlamat utama diahanya mahu mengajar pelajarnya sehingga berjaya. Tidak hairanlah semua orangdekat dengan Sohaimi," katanya.

Ahmad Sohaimi, 52, akan menentang calon PAS Mohd Azam Abd Samat, 37, pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November ini.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Abd Razak meninggal dunia 26 September lepas.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 pada Mei lepas, Allahyarham Azizan iaitu penyandang kerusi itu sejak PRU 1995, menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger