ARLINA melihat keadaan anaknya, Azliyahana yang terlantar di hospital.
Akibat bola polo sesat, seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Chendering, di sini, kini terlantar di hospital sejak dua hari lalu dan mungkin kehilangan deria penglihatan mata kiri disebabkan tragedi di pusat Rekreasi dan Sukan di Kuala Ibai, Ahad lalu.
Bapa mangsa, Adnan Ismail, 48, berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, anaknya, Azliyahana Adnan, 21, bersama 25 penuntut lain turun dari bas dan berjalan kaki menuju ke pusat sukan boling berhampiran.
Menurutnya, ketika itu sekumpulan lelaki bermain polo di padang yang terletak lebih 50 meter dari kawasan anak dan penuntut lain berjalan kaki.
Katanya, tiba-tiba bola polo dipukul seorang lelaki melantun ke luar dan mengenai tepat mata kiri anaknya yang ketika itu sedang berjalan.
Katanya, tiba-tiba bola polo dipukul seorang lelaki melantun ke luar dan mengenai tepat mata kiri anaknya yang ketika itu sedang berjalan.
“Azliyahana terus rebah dan menggelupur kesakitan sambil memegang mata yang berlumuran darah. Rakan lain yang melihat kejadian itu terus mengambil tisu untuk menghentikan pendarahan pada mata kirinya.
“Rakan dan kakitangan di pusat rekreasi itu kemudiannya bergegas ke sebuah klinik swasta untuk rawatan sebelum dirujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini semalam.
Kakitangan bank yang tinggal di Sungai Buloh, Selangor, itu berkata selain menerima lebih lima jahitan, doktor memberitahu saraf dan retina pada mata kiri cedera parah dan tulang kerangka mata kiri Azliyahana juga mengalami keretakan dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat bagi mengelak sebarang komplikasi buruk berlaku.
Menurutnya, dia kecewa dengan sikap mereka bertanggungjawab menganjurkan sukan berkenaan dan pemain atau pengurusan pasukan terbabit pada hari itu yang sehingga kini tidak bertemu muka untuk berbincang masalah berkenaan.
Katanya, dia dan isteri, Arlina Omar, 45, ada berjumpa dengan kakitangan pusat sukan rekreasi berkenaan untuk berbincang mengenai insiden yang menimpa anaknya itu semalam, namun malangnya pihak berkenaan seperti mengelak untuk bertanggungjawab.
“Saya amat kecewa dengan pihak berkenaan dan demi keadilan saya dan isteri kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu untuk mengetengahkan masalah itu,” katanya.
-hmetro
Post a Comment