Manusia yang tidak belajar dari
sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali. Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar
kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara
kaum. Ia juga mengajar kita
bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus
bersikap ‘tidak-apa’ terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada
kita.
13 Mei memperlihatkan kepada kita
bagaimana sikap ‘tidak-apa’ satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain
untuk memijak dan menindas mereka. 13
Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang
menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa
politik Melayu. Ia
dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di
beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan
darurat yang dirancang mereka.
Untuk merealisasikan huru-hara
yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan
api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan. Mereka menanam prasangka dan kebencian
yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama,
meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya
menguasai ekonomi negara ini.
Kempen PRU yang panjang iaitu 21
hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina
untuk menyemarakkan permusuhan. Sementara
itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya
yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat
rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka.
Kini, sejarah ini telah berlalu,
namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup. Malah, antara yang ditangkap sebagai
penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara
sebagai pemimpin pembangkang. Anaknya
juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.
Seperti yang kita sedia maklum,
Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei
malah cuba menafikan yang beliau terlibat. Apa yang jelas kelihatan hari ini
ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan
juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin
hebat.
Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba
menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei
bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya.
Hari ini, dengan kuasa di beberapa
negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi,
maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya
UMNOlah yang memulakan 13 Mei. Untuk
itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang
dirinya tidak dipersalahkan.
Sekiranya benar, bagi menjayakan
matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka
yang memulakan amukan. Dari
apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang
lakukan.
Kebencian terhadap orang Melayu
yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar
berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan
hasil. Api kebencian antara
kaum semakin membesar. DAP
pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah
masanya.
Maka tidak hairanlah, sejurus
selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak. Parti itu secara terang-terangan
menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas
kasihan. Sikap berat
sebelah dipertontonkan tanpa tapisan. DAP
seolah-oleh berkata ‘aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?’
DAP memberi tekanan kepada pembeli
rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara. Di masa yang sama, DAP mengerahkan
jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu
semahu-mahunya.
Pemimpin DAP sendiri secara aktif
menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan
merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi
mengundang kemarahan dan
tindak balas orang-orang Melayu.
Tidak cukup dengan itu, DAP
menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam.
Semua ini dilakukan oleh secara
jelas dan sengaja serta ‘bersiri’.
Apabila saja terdapat tindakbalas
dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai
ekstrem, radikal serta rasis. Akhir-akhir
ini, Lim Kit Siang dilihat lebih ‘agresif’ lagi apabila hampir setiap hari
beliau menulis mengenai ‘kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh
golongan ekstrem’.
Hakikatnya, yang ekstrem di sini
adalah Kit Siang dan DAP. Kit
Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama ‘rakyat yang
berjiwa Malaysia’, walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa
politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi
kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu ‘kaum
Cina’.
Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat
Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri. Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak
mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di
tangan Melayu. Jika benar
Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang
tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi
bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan.
Melayu sentiasa mengajak kepada
perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua
kaum. Hanya kaum Cina
sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional.
Oleh itu, fikirkanlah sendiri,
siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya
yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei?
Post a Comment