Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRK Kajang yang
menyentuh isu kalimah ‘Allah’ dalam ceramah-ceramahnya. Seperti biasa, Anwar membawa hujah
yang berbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramah berkenaan.
Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang, Anwar memberitahu
penganut Kristian bahawa ‘Allah’ adalah nama Tuhan universal dan sekali gus
bermaksud tiada salahnya bagi sesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama
yang sama bagi merujuk kepada Tuhan mereka.
Namun, di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayu di Batu
10 Jalan Cheras Kajang, Anwar menyatakan ‘tidak mungkin pihaknya akan
membiarkan agama lain menggunakan nama ‘Allah’ sewenang-wenangnya’.
Kita tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yang
bertentangan kerana beliau sudah mendapat ‘pengiktirafan’ di peringkat
antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yang bermuka-muka.
Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis dan berdiri
di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yang sama. Anwar boleh menjadi pemimpin Islam
yang warak dan membela LGBT dalam masa yang sama juga.
Justeru, kita tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankan kalimah
Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama.
Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliau
belum lagi menang pilihanraya. Anwar
boleh berjanji akan menghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang
Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapan orang-orang Melayu pada
masa yang sama kerana beliau belum lagi mempunyai kuasa untuk berbuat
apa-apa.
Bagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Anwar
akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadi Menteri Besar Selangor dan mempunyai
kuasa untuk berbuat sesuatu.
Oleh itu, dengan kenyataan Anwar yang bertentangan, berbeza,
berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah, bagaimanakah caranya
untuk kita tahu apakah pendirian Anwar sebenarnya?
Perlu diingatkan, bahawa sekiranya beliau benar-benar berjaya
menjadi Menteri Besar, Anwar tidak mungkin akan dapat meneruskan hujah
bertentangan, berbeza, berbelit dan samar mengenai isu ini. Mahu tidak mahu, lambat laun, Anwar
perlu membuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristian akur dengan
perintah mahkamah atau agar pihak Islam meredhokan penggunaan nama Allah oleh
Kristian.
Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua muka sekiranya
beliau benar-benar berkuasa. Anwar
perlu menunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorang
liberalis-pluralis atau Islamis-moderat.
Apa yang pasti, Islamis-moderat tidak mungkin dapat menerima
idea-idea liberalis-pluralis dan begitu juga sebaliknya.
Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralis maka
Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkan mereka menggunakan kalimah
Allah. Jika Anwar memilih
untuk menonjolkan imej Islam-moderat, maka beliau perlu mempertahankan kalimah
tersebut dari disalahgunakan sebagai alat untuk menyebar agama Kristian.
Sehingga kini, nampaknya penganut Kristian dan masyarakat bukan
Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwar menyebelahi mereka. Rata-rata media pro-Kristian
memuji-muji Anwar. Masyarakat
Cina juga, melalui DAP, memberi ‘kelulusan’ kepada Anwar untuk menjadi Menteri
Besar Selangor. Anwar
diangkat mereka sebagai harapan ke arah perpaduan yang mampu membawa keadilan
dari segi menyama-ratakan semua agama di Malaysia.
Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ dengan
membenarkan penggunaannya oleh Kristian.
Sebaliknya, penyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula
yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama ‘Allah’ dan bahawa tuduhan
tersebut hanyalah mainan politik UMNO. Mereka
tidak percaya yang Anwar menyatakan apa yang dikatanya di dalam gereja dan
kononnya kenyataan Anwar telah diputarbelitkan oleh UMNO.
Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’
dengan mempertahankannya dari digunapakai oleh Kristian.
Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayai Anwar
sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang
bertentangan. Isu kalimah
Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalan
tengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambil jalan selamat. Anwar tidak boleh tidak, perlu
berpihak, dan akhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipu pihak
yang satu lagi.
Soalnya, pihak manakah yang tertipu di sini? Islam atau Kristian?
Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwar berkuasa. Dan pada waktu itu, siapa pun yang
tertipu akan mendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalang
Anwar.
Post a Comment