Home » » ANWAR BERENTI CERAMAH..LARI..BILA DITANYA VIDEO SEKS & JAM OMEGA

ANWAR BERENTI CERAMAH..LARI..BILA DITANYA VIDEO SEKS & JAM OMEGA

Written By LAILANATASHA on Thursday, April 14, 2011 | 8:01 PM


Anwar tinggalkan majlis


KAPIT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, satu kawasan pedalaman di wilayah tengah Sarawak, menghentikan ceramahnya tiba-tiba selepas beliau disoal tuai rumah panjang mengenai video seks dan jam tangan Omega miliknya, kata seorang saksi, hari ini.
Anwar, yang bercakap kira-kira 20 minit, ditanya Tuai Rumah Edison Bugap di Melekun, Kapit, mengenai video seks, jam tangan Omega miliknya, kes liwat membabitkannya dan menegaskan bahawa penduduk rumah panjang ingin mendengar daripada mulut Anwar sendiri mengenainya.

Anwar yang jelas kurang senang dengan pertanyaan itu enggan menjawab, sebaliknya memberitahu kira-kira 120 hadirin bahawa mereka sepatutnya lebih memikirkan isu pembalakan dan Tanah Hak Adat, kata seorang penduduk.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menamatkan ceramahnya dengan mendadak dan meninggalkan majlis tanpa terlebih dahulu meminta diri.



Dalam satu program ceramah Anwar Ibrahim yang diadakan di rumah Edision Bugap, Melekun, Kapit. Anwar bagai ditampar oleh Tuai rumah apabila ditanya mengenai isu liwat dan jam Omega di hadapan lebih 120 orang yang hadir. Terkejut dengan pertanyaan itu, Anwar menjadi marah dan terus meninggalkan majlis (baca lanjut di Pisau.net).

Tuai rumah hanya mahukan penjelasan,tetapi dengan biadap Anwar terus lintang pukang meninggalkan majlis. Anwar hanya sempat berucap 20 minit terus meninggalkan majlis tanpa bersalaman dengan penduduk di situ. Anwar lari lintang pukang dari rumah panjang bila ditanya pasal Omega. Nampaklah Anwar ini bersalah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger