Home » » DAP CELAKA MENGHINA ORANG SARAWAK "ORANG UTAN"

DAP CELAKA MENGHINA ORANG SARAWAK "ORANG UTAN"

Written By LAILANATASHA on Thursday, April 14, 2011 | 9:41 PM


Seramai 300 orang ahli SUPP berkumpul di Kuching untuk memprotes tindakan DAP melabel SUPP sebagai orang utan dalam ceramah kempen DAP beberapa hari lepas. Panggilan orang utan tersebut dibuat oleh Dr Hew Kuan Yau (pemimpin DAP kebangsaan).

Ini bukan kali pertama DAP menyamakan orang lain dengan binatang. 9 November 2010, R.S.N. Rayer ( ADUN DAP Seri Delima) telah berkata "Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut,". Demonstrasi diadakan oleh penduduk Balik Pulau pada 2 November 2010 berikutan tindakan DAP Pulau Pinang mahu merampas tanah rakyat seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting untuk mendirikan sebuah universiti swasta. Di Sarawak, DAP gelar pula dengan panggilan orang utan.

Dalam ceramah di Miri tersebut (lihat video ini), Hew turut menyamakan SUPP dengan panggilan yang tidak sepatutnya pada minit 5.05 dalam video tersebut. Lebih hina daripada panggilan orang utan. Berkelulusan dari University of Hong Kong, tetapi bercakap dengan tiada adab dan sopan orang timur.

Hew menggelar SUPP sebagai orang utan dalam video ini (antara minit ke-8 dan 9 dalam video).

Sih Hua Tong (calon SUPP Batu Lintang) mendakwa panggilan orang utan tersebut seolah menghina seluruh rakyat Sarawak. "According to Sih, calling SUPP an orang utan party was equivalent to comparing all Sarawakians to the primate. They are too much. (What we are doing) is a symbol of Sarawakian pride,” (Borneo Post).

DAP amat biadap. Mereka mengimport orang luar untuk menghina orang Sarawak dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Dulu James Brooke datang menjajah tanah, harta dan kekayaaan orang Sarawak. Hari ini, datang satu lagi kumpulan atas nama parti DAP (Yellow Rajah) untuk mengaut habis hasil bumi negeri Sarawak. Mereka menghina orang tempatan semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger