Home » » PKR DAN DAP ROMPAK HASIL ORG ASLI DI SELANGOR

PKR DAN DAP ROMPAK HASIL ORG ASLI DI SELANGOR

Written By LAILANATASHA on Saturday, April 9, 2011 | 8:13 PM


"Tanah tersebut dikurniakan oleh Almarhum Sultan Sir Abdul Samad iaitu Sultan Selangor keempat kepada kaum Temuan.Baginda telah mengurniakan sebilah keris, golok dan tombak kepada Batin bagi menjaga dan mempertahankan tanah-tanah Orang Asli sekiranya berlaku kekacauan atau pencerobohan," kata Batin Malam Gerchang setelah tanah seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12, Hutan Simpan Kuala Langat Utara habis digondol oleh PKR untuk tujuan komersial. Semakin rakus nampaknya PKR dan DAP yang mendominasi kerajaan Selangor merompak hasil hutan termasuklah hak orang asli.

Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927. Malangnya sejak PKR dan DAP menguasai Selangor, tanah tersebut habis digondol oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) untuk kegiatan perlombongan pasir. Inilah cara penasihat ekonomi Selangor menasihatkan Khalid Ibrahim, Teresa Kok, Elizabeth Wong untuk menambahkan pendapatan kerajaan negeri. Kaut dan rompak hasil orang asli untuk kepentingan kroni. Khalid Ibrahim sudah ada bukti yang amat kuat untuk didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger