Awal petang Isnin,beliau menyerahkan satu pita rakaman yang dakwanya mengandongi bukti apa yang beliau cakap itu benar kepada peguamnya Datuk Seri Shafie Abdullah.
Pita video itu diserahkan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta,Kuala Lumpur.
Presiden Parti India Malaysia (MUIP) bagaimanapun, enggan mendedahkan kandungan pita video itu.
"Saya sudah bagi pita video itu kepada peguam saya sebagai bukti dalam kes saman ini. Apa jua bukti yang saya ada, saya sudah beri pada peguam saya. Saya mahu mereka tayangkan video itu di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan," katanya.
"Saya akan berpegang teguh kepada fakta saya, saya tidak akan melarikan diri. Saya sudahpun memberi bukti kepada peguam saya. Saya kini menunggu untuk memberitahu perkara sebenar kepada mahkamah," katanya.
Pita video itu adalah sebagai bahan bukti dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Nallakarupan berharap agar perbicaraan kes saman itu dipercepatkan
tq-agendadaily
Post a Comment