Home » » PENGGANAS JIJIK 3 SUKU!! WANTED ATAS JENAYAH ANDA

PENGGANAS JIJIK 3 SUKU!! WANTED ATAS JENAYAH ANDA

Written By LAILANATASHA on Sunday, May 6, 2012 | 7:26 PM


SAHABAT HANDAI, SAUDARA MARA, JIRAN TETANGGA!! SILA LAPORKAN PADA POLIS DIRAJA MALAYSIA SEKIRANYA PARA PENGGANAS INI BERADA BERDEKATAN ANDA.  




Siasatan dalang cuba guling kerajaan bermula

Siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti dalang yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lepas telah bermula, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berharap orang ramai terus menyalur maklumat kepada polis bagi mempercepatkan siasatan supaya keselamatan negara tidak tergugat dan terus terancam.


"Beberapa tangkapan baru telah dibuat selepas gambar-gambar perusuh Bersih 3.0 disiarkan dan kita juga menerima panggilan orang ramai untuk memberi maklumat mengenai kejadian itu.


"Ini petanda baik rakyat Malaysia mencintai keamanan dan tidak mahu keselamatan negara diganggu-gugat," katanya kepada pemberita pada program turun padang Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Kulim di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas bahawa perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di ibu negara 28 April lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.


Mengenai tuduhan pembangkang dalam blog-blog bahawa polis turut terlibat sebagai peserta perhimpunan itu untuk menyemarakkan lagi rusuhan itu, Ismail meminta supaya tuduhan-tuduhan tidak berasas dan tanpa fakta dihentikan.


"Jangan buat tuduhan karut....kena la bertanggungjawab. Bagaimanapun setiap tuduhan akan disiasat," katanya. -



Tq-Bernama


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger