Latest Post

ANWAR PESONG AKIDAH PENGIKUT BERKIBLATKAN LGBT

Written By LAILANATASHA on Thursday, January 24, 2013 | 9:30 AM


liwat sumpah
LGBT merupakan terma yang merujuk kepada lesbian, gay, bisexual dan transgender. Ianya digunapakai sejak tahun 1990 an lagi.  Terma LGBT ini merujuk kepada kepelbagaian citarasa seks berdasarkan kepelbagaian jantina dan budaya. Menjadi kemushkilan mengapakah LGBT ini begitu penting terhadap pakatan haram di Malaysia yang dinakhoda oleh Anwar Bin Ibrahim. Sehinggakan pakatan haram telah mengadakan demo himpunan bersih yang bersiri yang pada hakikat tulennya begitu kotor dan jijik kerana membawa dan menjunjung LGBT.
Keganasan yang berlaku akibat memperjuangkan LGBT
Tindakan mereka kononnya beriman namun memperjuangkan LGBT yang dilaknat Allah s.w.t
Adakah kerana pakatan haram bernakhodakan pengamal LGBT maka mereka meletakkan perjuangan LGBT sebagai asas utama  dengan itu rakyat cuba ditanamkan dengan idea bahawa “it’s ok PM LGBT” sedangkan LGBT dilaknati Allah.
Pada konvensyen Pilihan raya PKR 19 Jun 2011, parti tersebut telah melancarkan slogan dan logo bagi kempen pilihan raya ke-13. Slogan yang dipilih mereka ialah Demi Rakyat, manakala logo pula adalah berlambangkan tapak tangan yang banyak dan berwarna warni seperti gambar di bawah:
Kita tidak hairan dengan pemilihan slogan tersebut kerana ia adalah taktik politik biasa PKR yang gemar mempergunakan nama rakyat untuk kepentingan sendiri. Tetapi kita hairan kenapa parti tersebut tergamak menggunakan logo tapak tangan yang begitu sinonim dengan perjuangan hak asasi LGBT. Simbol tapak tangan adalah simbol ‘hak asasi manusia’ dan digunakan secara meluas oleh NGO-NGO yang memperjuangkannya. Ia sepatutnya membawa maksud yang murni dan mulia tetapi malangnya, perkataan ‘hak asasi manusia’ ini telah disalahgunakan oleh beberapa pihak sebagai alat untuk mempromosi kebebasan tanpa batasan termasuk amalan LGBT, sekali gus memaksa fahaman ini ke atas manusia sejagat bagaikan satu agama baru.

Ketika wawancaranya bersama BBC News, di Mumbai, India, wartawan media antarabangsa itu bertanya, “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”
Anwar menjawab, “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula
“Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.
Namun semasa berada di Malaysia dan ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein yang mewakili Utusan Malaysia dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Anwar seperti dilaporkan The Malaysian Insiderberkata, beliau tidak mahu memansuhkan undang-undang anti-liwat dan mahu akta itu diteruskan untuk melindungi institusi perkahwinan.

Rakyat Malaysia wajib buka mata. Ini adalah jihad kita memerangi kemungkaran yang diperjuangkan oleh pakatan haram.  Semoga dengan lenyapnya pakatan haram dari bumi Malaysia nanti akan mengurangkan jumlah akidah umat Islam  yang disesatkan oleh pakatan haram ini.

DAP TANAM BENCI MELAMPAU PENGANUT KRISTIAN TERHADAP KERAJAAN

Written By LAILANATASHA on Wednesday, January 23, 2013 | 4:35 PM


perang salib
DAP sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan Kalimah Allah dapat digunakan di dalam bible bagi tujuan memesongkan akidah bangsa Melayu yang tidak begitu teguh pendidikan dan pendirian Islamnya.  Kita sudah amat maklum bahawa setiap manusia akan menghadapi dugaan didalam kehidupan. Maka Kristian di bawah DAP telah mengatur langkah untuk mempergunakan sepenuhnya kesengsaraan umat Islam untuk mengubah agama kepada kristian. Sekiranya Kalimah Allah dapat dipergunakan sepenuhnya didalam bible maka proses ini akan dapat dijalankan dengan lebih mudah.

Damansara Utama Methodist Church (DUMC) memiliki bangunan serbaguna di Seksyen 13, Petaling Jaya.  Gereja ini juga  yang mengedarkan makanan tengahari secara percuma kepada penghantar surat (mat despatch). Malahan kawasan Petaling Jaya juga merupakan tempat berkumpulnya golongan berfahaman Islam Liberal seperti Sister In Islam (SIS) dan golongan anti-hadis.  Pihak penganjur dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kerap berdalih, sekejap mengatakan bahawa itu adalah gereja dan kemudiannya mengatakan ia hanya satu pusat komuniti sahaja. Tambahan pula, setelah semakan dibuat dengan MPPJ, didapati TIADA GEREJA di seksyen itu!! Ini bermaksud DUMC boleh dikatakan sebagai ‘gereja hantu’.

Insiden serbuan ke atas DUMC juga merupakan bukti bahawa pakatan haram terutamanya PAS sanggup menjual dan melacurkan Islam tanpa segan silu. Pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS memperoleh bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan. Maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan. “Terdapat seramai 12 orang Islam telah menghadiri majlis tersebut namun iada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. “Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan Beliau mengulas serbuan oleh polis dan penguatkuasa JAIS selepas dikatakan mendapat laporan bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.Katanya, seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

“Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut,” jelasnya. Dalam pada itu, Hasan menjelaskan anggota penguat kuasa JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur. “Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya. Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.“Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya. Insiden ini telah membuka mata ramai umat Islam namun ianya gagal membuka mata penganut PAS kerana mereka telah ditutup hijab mata hatinya untuk melihat kebenaran.

Diberitakan satu lagi bangunan baru lapan tingkat yang bernilai RM50 juta telah mula dibina oleh gereja itu pada bulan lepas dan akan siap Februari tahun depan.
Gambaran Dream Center DUMC Fasa 2
Dream Centre (Fasa 2) akan mempunyai auditorium yang boleh mendudukkan seribu orang penonton serta dua buah dewan masing-masing boleh memuat 500 kerusi. DUMC juga bercadang memperbanyakkan jumlah bilik latihan berbanding yang dimiliki Dream Centre pada masa kini.
Selain itu, Dream Centre yang baru ini akan menyediakan perpustakaan, kafeteria dan bilik senaman (gym). Butir boleh diperolehi di http://dumc.my/news/dream-centre-phase-two
Dewan-dewan sembahyang DUMC yang sedia ada pun kelihatan amat canggih, seperti yang ada di Gereja City Harvest. Lihat gambar-gambar.
DUMC2
DUMC3
DUMC1

Malah K.L. Chan, iaitu pengarang Selangor Times, ghairah mentweet tentang kemudahan DUMC yang begitu hebat sekali – “awesome worship team n sound system — concert quality!” (screenshot bawah).
Nyata bahawa pihak evangelis menguasai media bahasa Inggeris dengan secara menyeluruh.
KLchanDreamCentre

Selain itu DUMC juga bijak menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Evangelis Yeo Bee Yin, iaitu juru runding bagi kempen ICT pilihanraya DAP, ada kaitan dengan DUMC – lihat pautan Facebook tentangnya yang dibuat oleh pastor kanan DUMC.
YeoBeeYinDUMC2
Gambar Yeo Bee Yin, seorang penceramah evangelis DAP

Seperti Subang Rally, DUMC juga bercita-cita untuk memenangi Kuala Lumpur bagi Yesus – “How do we win our city for Jesus?” (screenshot laman Facebook DUMC, bawah).
Di samping strategi-strategi yang disusun rapi untuk “menakluk ibukota”, DUMC juga mempunyai “cell group”, yakni kumpulan dakwah, yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu dalam menjalankan kegiatan mereka.
WinKLforJesus
WinKLforJesus2
DUMCmalayCells
Perancangan rapi telah disusun oleh DAP untuk menguasai Malaysia dengan mempergunakan penganut agama kristian sepertimana yang telah dilakukan oleh PAS. Kononnya atas nama jihad yang telah memesongkan banyak akidah umat Islam dan menyebabkan pertumpahan darah seperti MAMALi dan sebagainya.  Modus operandi yang DAP gunapakai adalah seperti modus operandi PAS iaitu menanam kebencian yang melampau dalam sanubari penganut Kristian terhadap kerajaan supaya mudah bagi mereka untuk meraih sokongan rancangan jahat mereka itu.  Dengan ini saya memohon pihak yang bertanggungjawab memantau gereja di Malaysia yang sedang menjalankan aktiviti hasutan melampau mereka.

Projek Petrokimia!! PAS Utamakan Orang Johor Dari Orang Kelantan?




Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu.

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM.

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. Persoalannya kenapa?

Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka.

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk.

Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor. Itu yang kelihatan dari pandangan kasar.

Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu?

Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.

Isu Kalimah Allah!! Petunjuk Pemerintahan Syaitan Berkepala Tiga

Written By LAILANATASHA on Tuesday, January 22, 2013 | 7:14 PM




Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk.    Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci.   Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam.    Sementara PKR  mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.   

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.   

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.   

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu.  Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru.   Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.   

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya.  PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu.  

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam.  

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO.  Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO.   Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.    

Jelas di sini  bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi.  Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.  

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata.  Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu.   Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua.  

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi.  Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak  yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka.  Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara.  

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR.  Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua.  Dan PAS pula sudah ‘tawar hati’ dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.   

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah?   Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR?  

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah.   Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam.  

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan ‘Perdana Menteri Anwar Ibrahim’ pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah.   Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.   

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam.  

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat.   Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.  



PM Suntik Kebangkitan Rakyat Kelantan




Kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke negeri Kelantan sehari dua hari lepas rupanya telah mengundang kerisauan dan rasa tertekan dikalangan pemimpin PAS Kelantan sehingga memaksa mereka tergesa-gesa mengadakan mesyuarat tergempar pada sebelah malamnya.

Kerisauan mereka ada asasnya bila mengetahui sekitar 50,000 orang rakyat Kelantan yang bagaikan mendapat suntikan semangat tambahan telah hadir beramai-ramai di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu semata-mata untuk meraikan kehadiran Dato' Seri Najib.

Cubaan jentera propaganda PAS Kelantan untuk mensabotaj majlis tersebut dengan menaikkan beberapa papan iklan besar bertulis "Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami" tidak pun meninggalkan kesan apabila rata-rata rakyat Kelantan yang celik minda langsung tidak mempedulikannya.

Rakyat negeri ini ternyata lebih menyenangi kaedah pengagihan wang ehsan yang diamalkan sekarang kerana ia lebih telus dan dinikmati terus oleh khalayak berbanding propaganda royalti yang diselit dengan sentimen kenegerian dan kepartian sempit.

Sementara itu, semasa PM merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong itu, beliau turut mengumumkan 7 projek pembangunan bersaiz mega yang kesemuanya cukup dekat dengan nurani rakyat Kelantan.

Projek tersebut meliputi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru yang lebih besar, masjid terbesar di Kelantan untuk menyemarakkan program dakwah Islamiah dan juga perumahan rakyat.

Manakala bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dalam bandar kota Bharu dengan mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, diikuti pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bersepadu untuk menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih.

Semua 7 projek pembangunan yang diumumkan oleh PM ini diyakini mampu membawa Kelantan seiring dengan pembangunan negara dan ia bukan satu masalah untuk disempurnakan sekiranya dalam PRU 13 kelak majoriti pengundi Kelantan memilih BN untuk mengurus tadbir semula negeri ini.


Khalayak yang hadir nyata teruja dengan pengumuman itu, tambahan pula BN sememangnya sudah terbukti sentiasa berusaha menepati janji. Jauh bezanya dengan janji propaganda PAS dan PR yang lebih banyak menabur janji manis tapi bila diminta untuk melaksanakannya, pelbagai alasan diberikan.

Ambil contoh janji PAS Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat, sampai sekarang tak terbuat walau satu tiang konkrit pun, tapi duit rakyat sudah berkoyan-koyan dipungutnya. Orang lain mengenakan kutipan tol selepas lebuhraya siap dibina, tapi PAS dah mula 'kutip tol' walaupun bayang lebuhraya langsung tak kelihatan.

Begitu juga dalam hal janji PAS untuk membina stadium, kecohnya bukan main lagi semata-mata untuk menarik perhatian peminat bolasepak The Red Warrior, alih-alih janji tinggal janji. Hanya kelihatan dalam bayangan bila mata dipejam rapat, tapi semuanya hilang tanpa kesan bila mata dicelik kembali.

Hatta kesesakan lalulintas di pusat bandar Kota Bharu yang sepatutnya merupakan tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan, tapi hampir 23 tahun PAS memerintah negeri ini macam itu jugalah masalahnya tak berkesudahan. Balik-balik Kerajaan Pusat juga yang kena campurtangan untuk membantu menyelesaikannya.

Akibatnya menyebabkan kian ramai rakyat negeri ini hilang kepercayaan pada urus tadbir negeri oleh pemimpin PAS dan tidaklah menghairankan bila ia diganti pula dengan kebangkitan semangat Gelombang Merah yang makin membuak-buak.

Justeru itu, usahlah PAS terkejut andainya dalam PRU 13 nanti majoriti rakyat Kelantan beramai-ramai merealisasikan kebangkitan semangat Gelombang Merah ini dengan menobatkan kembali BN ke tampuk pemerintahan dan menghanyutkan terus PAS dari peta politik negeri ini kelak. 

Harun Din !! Akan Pertahankan Kalimah Allah Sehingga PRU Sahaja?



Apabila PAS buat hal, maka DAP pun akan melepaskan anjingnya yang paling garang untuk menundukkan anjing-anjing kurap yang tak henti-henti menyalak walaupun telah setuju untuk berdiam diri asalkan diberi makan dan dijanjikan rumah yang cantik di Putrajaya.   Begitulah pandangan DAP terhadap PAS dan Karpal Singh, yang diarahkan atau dibiarkan untuk bertelagah sesama sendiri dalam isu Kalimah Allah, sementara menunggu pilihanraya.  

Kita faham bahawa PAS terpaksa menunjuk tegas bagi memastikan sokongan Melayu terus mantap dan DAP juga perlu menunjuk garang bagi memastikan sokongan Cina kekal.   Meletakkan Karpal Singh sebagai ‘anjing-sabung’ merupakan strategi untuk menutup chauvinisme kaum Tokong Lim.  Ini samalah dengan meletakkan Zairil, si anak Cina sebagai wakil Melayu.  

Maka, salak menyalak sesama sendiri dan lolongan akan berlarutan sehingga pilihanraya walaupun kata putus telah pun dibuat iaitu segala keputusan Majlis Syura PAS hanyalah sampah yang tidak bernilai.  Malah, Majlis  Syura juga pada hakikatnya, tiada hak untuk bermesyuarat pun mengenai isu ini kerana kepimpinan PAS telah lebih awal memberikan persetujuan membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.


Justeru, mengambilkira etika, professionalisme dan moral, PAS adalah terikat kepada persetujuan asal dan tidak akan terlepas darinya dengan hanya menyatakan perubahan fikiran.  Jika PAS ingin melepaskan diri dari ikatan persetujuan ini, maka satu-satunya cara ialah keluar dari Pakatan Rakyat.  Jika tidak, segala penafian dan U-turn yang dibuat adalah tidak bermakna sama sekali.  

Oleh kerana itu, ketegasan Harun Din, Harun Taib atau Hadi Awang dalam mempertahankan Kalimah Allah tetap diragui, selagi mereka masih berada di dalam PAS.  Apatah lagi apabila mereka hanya mengeluarkan kenyataan ‘lembik’ dan berlapik, meminta Karpal Singh jangan mempertikaikan keputusan Dewan Ulama, berbanding kenyataan Karpal yang berbentuk herdikan atau tempelak terhadap PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Hadi Awang belum menyatakan ketegasannya secara langsung.  Ini kerana kenyataannya yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia hanyalah pendapat Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, iaitu setiausaha politik Hadi, mengenai pendirian Hadi.  Laporan tersebut memetik Dr. Ahmad sebagai ‘yakin’ dan ‘pasti’ bahawa Hadi Awang tidak akan berganjak dari keputusan Majlis Syura, tetapi apakah jaminan yang keyakinan dan kepastian Dr. Ahmad tersebut benar-benar berasas?  

Sedangkan, secara dasarnya, hakikat bahawa PAS tidak sanggup keluar atau sekadar mengugut untuk keluar dari PR kerana mempertahankan Kalimah Allah adalah satu kekalahan yang nyata di pihak PAS.   Hakikatnya juga bahawa Harun Din, seorang Ulama dan Harun Taib, Ketua Dewan Ulama, telah kalah di tangan Karpal Singh.  


Kita menjangkakan pertengkaran PAS-Karpal Singh akan terus berlarutan sehingga isu ini ditenggelami isu lain atau sehingga pilihanraya.  Namun, kita tidak menjangkakan apa-apa penyelesaian kerana walaupun apabila ia dianggap selesai, tidak mustahil PAS akan menafikannya pula suatu hari nanti apabila keadaan mendesak mereka berbuat demikian.  Umum sedia maklum bahawa PAS telah pun mengambil sikap yang sama dalam isu hudud dan Negara Islam yang sehingga kini masih tiada noktahnya.  

Nampaknya, bertengkar dan kemudian melupakannya, dan bertengkar lagi dan kemudian melupakannya lagi merupakan ‘cara pemerintahan’ PR yang mana rakyat sudah faham benar.   

Biarpun isu yang berbangkit adalah isu agama, yakni yang melibatkan akidah dan membawa kepada syirik, namun bagi PAS ia hanyalah isu politik yang boleh dipertelagahkan dan dilupakan mengikut keadaan semasa.  

Maka, tidak ada keraguan lagi bahawa Ulama-ulama PAS inilah yang disebut sebagai Ulama-ulama jahat yang akhirnya menjadi bingung akibat fitnah dan belitan mereka sendiri, sepertimana hadith berikut:  

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah  SAW bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi



Isu Air!! Azizan Tak Berani Mengadap Guan Eng



Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta.  Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta.   Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara ‘mimpi’ iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti.  

Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.  

Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah ‘mimpi’ Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata.  Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.  

Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat.  Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi.    Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata.  Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik.  

Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?   

Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.  

Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut.   Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah.  Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya. 



Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar.  Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat.  Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai.  Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran.  

Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan.    

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional.   Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka.  Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan.   Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini.  

Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim?  Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.   

Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja?   Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu?  


Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah ‘inferiority complex’.   Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut.  Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut.  

Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri.   

Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah.   Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana.   

Sebenarnya, masalah ‘inferiority complex’ wujud dengan segar di dalam PAS.  Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP.  PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.   

Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya.   PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing.   Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja.  

Justeru, secara tidak langsung rakyat di bawah kerajaan pimpinan PAS juga terpaksa menurut jejak MB mereka melutut kepada Tokong.  Jika di Kelantan mereka melutut pada Tokong Ngeh dan Nga, di Kedah terpaksa  berhadapan dengan Tokong segala Tokong iaitu Lim Guan Eng.   Bak kata seorang bekas pemimpin DAP, seseorang tidak tentu lagi akan selamat dengan  menyembah begitu banyak tokong tetapi tidak menyembah Tokong yang satu ini.  

Jika beginilah keadannya, nampaknya jika PR menjadi kerajaan, kita tidak mungkin akan berpeluang menyaksikan pemerintahan Ulama, tetapi pemerintahan Tokong!

Seminar Nusantara (18-20 Jan. 2013)!! Isu Rohingya Sebagai Pencetus Pemikiran Umat Islam

Written By LAILANATASHA on Monday, January 21, 2013 | 10:55 PM




“Seminar Nusantara – Islam di Asia Tenggara, Harapan dan Cabaran” yang berlangsung selama 3 hari, telah pun selesai semalam.   Seminar yang dianjurkan oleh Generasi Bestari, MyKmu dan Felda ini adalah kesinambungan dari usaha kerajaan untuk membuka minda umat Islam di Malaysia, khasnya, rantau ini dan seluruh dunia, amnya, dalam mengharungi tekanan dan ‘serangan’ dari berbagai arah, termasuk dari dalam kelompok Islam itu sendiri.  

Sebelum ini, Ulama-ulama dalam negeri telah dipertemukan dalam seminar Fiqh Mentaati Pemimpin, dan kemudiannya, Ulama-ulama dari Asia Barat pula dijemput untuk tujuan yang sama.  Kesemua seminar ini mendapat sambutan menggalakkan dan disimpulkan sebagai berjaya menyampaikan mesej penting kepada umat Islam.   

Satu kesepakatan yang jelas di antara semua pembentang dalam Seminar Nusantara ini, dan juga seminar-seminar terdahulu, ialah ilmu, perpaduan dan sikap taat kepada pemerintah adalah pemangkin kepada kekuatan ummah.   Kekurangan ilmu adalah punca utama perpecahan, kelemahan dan seterusnya kejatuhan umat Islam.  


Umat Islam yang berilmu akan lebih mudah memahami bahawa perlaksanaan undang-undang Islam bukanlah jaminan kekuatan ummah, malah dengan meletakkannya sebagai ‘keutamaan asas’ seringkali menjadi punca kepada perpecahan, kelemahan dan seterusnya kejatuhan sesebuah kerajaan Islam.   Secara ringkasnya, umat Islam tidak wajar meletakkan Fardu Ain mengatasi Fardu Kifayah tetapi kedua-duanya wajib berjalan seiring tanpa bersikap berat sebelah.  

Pembentang kertas bertajuk “Islam di Indochina:  Cabaran dan Harapan Muslim di Myanmar” iaitu Y.Bhg. Tuan Mohd Mohiyuddin b Mohd Sulaiman, Pengkaji Islam di Myanmar, UiTM menyarankan bahawa peranan Yahudi dalam memusnahkan Islam dan umat Islam bukanlah satu imaginasi atau paranoia yang tidak berasas.  Sekali gus membuktikan bahawa pesanan Allah SWT yang disampaikan melalui AlQuran adalah benar dan bahawa AlQuran itu adalah benar.  

Bagi memahami apa di sebalik pembersihan etnik Rohingya, Tuan Hj. Mohiyuddin mencadangkan agar kita melihat semula hubungan Yahudi dengan negara tersebut.  Etnik Rohingya Muslim kini tiada tempat untuk dituju kerana telah dinafikan kerakyatan oleh kerajaan negara tersebut.  Mereka telah lama menerima tekanan hebat dari pihak sami Buddha yang tidak senang dengan kehadiran mereka.  Konflik bermula dari satu tuduhan palsu dari pihak Buddha kononnya tiga lelaki Rohingya merogol wanita Buddha.  Walaupun laporan perubatan menafikan wanita tersebut dirogol dan gambar menunjukkan bahawa salah seorang tertuduh mempunyai tattoo, di mana menunjukkan yang beliau bukan seorang Muslim, namun berita ini menjadi panas dalam sekelip mata melalui laman sosial dan media alternatif sehingga tidak terkawal lagi.  


Akibat dari situ, masjid-masjid dan rumah orang Islam dibakar dan tindak balas berlaku sehingga akhirnya membawa kepada penghapusan etnik.  

Modus Operandi yang sama, iaitu ektremis agama (dalam konteks ini ialah Buddha), perpecahan kerana agama, serta peranan internet yang pantas, terancang dan konsisten mengingatkan kita kepada modus operandi standard bagi sebuah misi ‘penukaran regim’ yang didalangi Yahudi.  

Ramai yang tidak tahu mengenai hubungan akrab Myanmar dengan Yahudi yang bermula sejak kemerdekaan kedua-dua negara itu lagi iaitu pada tahun 1948.  

Sehingga kini, Myanmar dan Israel telah menyaksikan sekitar 20 orang Duta sebagai wakil ke negara masing-masing.   U Nu adalah Perdana Menteri pertama Myanmar yang membuat kunjungan hormat ke atas David Ben Gurion, Perdana Menteri pertama Israel pada 1955 dan yang mana menyaksikan lawatan balas dari David pada tahun 1961 yang dirujuk sebagai ‘lawatan rasmi ke luar negara yang terpanjang’ (dua minggu) di mana beliau turut mengkaji agama Buddha.  Antara wakil Israel yang lain yang melawat Myanmar ialah President Yitzhak Ben-Zvi, Menteri Luar Moshe Sharett, Golda Meir, Abba Eban, Moshe Dayan dan Shimon Peres.  


Pembangunan sosial di Myanmar dibina berasaskan model Israel seperti dalam konteks kesihatan, pertanian dan lain-lain.  Beribu-ribu pelajar dari Myanmar mendapat latihan di dalam negeri dan biasiswa untuk menyambung pelajaran di Israel.   



Walaupun begitu, hubungan akrab yang melebihi dari sekadar hubungan diplomatik  di antara kedua-dua negara ini terus terjalin secara ‘bawah tanah’ dengan kedua-dua pihak menafikannya.  



Namun, maklumat risikan yang berjaya diperolehi oleh beberapa pihak, dan didedahkan  oleh beberapa pihak menunjukkan bagaimana kedua-dua negara saling bekerjasama dalam latihan ketenteraan.  Pada tahun 1954, Myanmar melawat Israel untuk satu misi ketenteraan dan mengkaji struktur pertahanan.  Lawatan pada tahun berikutnya pula, Perdana Menteri U Nu telah ‘membawa pulang’ idea untuk membina empat kampung yang dimodelkan mengikut sistem kibbutz Israel iaitu kubu pertahanan diri.  Dari situ lahirlah militia yang bergerak di bawah sistem yang serupa dengan Israel iaitu lengkap dengan tentera wanita, Institut pertahanan dan organisasi perdagangan yang diuruskan olah Tatmadaw sebagai penjana kewangan tambahan ke atas dana rasmi pertahanan negara yang sedia ada.  



Seperti yang dijangka, mengaitkan masalah Rohingya kepada Israel adalah sesuatu yang hampir mustahil.  Namun, apa yang dikatakan oleh Dr. Aye Maung, Ahli Parlimen dan Pengerusi Rakhine Nationalities Development Party di dalam wawancara dengan majalah Venus News Journal pada 14 June 2012 mungkin dapat memberi kita sedikit gambaran di belakang krisis ini, iaitu, “Rakhine (sebuah ibu negeri di mana kekejaman terhadap puak Rohingya berlaku) harus dibina dengan cara bagaimana Israel dibina.  Inilah impian penduduk Rakhine dan mereka ingin menghalau Muslim Rohingya dari situ.”  



Lebih malang bagi kaum Rohingya apabila Aung Suu Kyi, yang diangkat sebagai pejuang hak asasi manusia juga tidak mempunyai  jawapan yang pasti terhadap nasib mereka.  Ketika ditanya oleh seorang pelajar Universiti dari Thailand ketika lawatan Suu Kyi ke Harvard Kennedy School suatu ketika dahulu, Suu Kyi telah tergamam sekejap sebelum memberi satu jawapan yang bersifat umum iaitu pencabulan hak asasi adalah melibatkan kedua-dua belah pihak dan enggan menunjuk sokongan kepada hanya sebelah pihak.  Kerana itu, keikhlasan Suu Kyi juga menjadi persoalan iaitu apakah beliau juga melihat hak asasi itu secara terpilih?



Melihat dari perkembangan ini, maka apa yang didedahkan di dalam kertaskerja mengenai Myanmar ini wajar menggerakkan umat Islam dari tidur untuk mengambil langkah awal menyediakan diri dengan ilmu dan maklumat agar tidak menjadi mangsa dalam percaturan Yahudi untuk menakluk dunia dan memusnahkan Islam.   



Jangan sekali-kali kita terpedaya sehingga sanggup berpecah kerana perkara remeh.  Jangan kita meletakkan pendapat sendiri sebagai lebih tinggi dari perpaduan ummah.  



Jika benar kita ingin melihat Islam kuat kembali, hentikanlah bermimpi yang ianya boleh tercapai dengan cara menghukum sesama sendiri atas apa yang kita lihat sebagai kejahilan dan dosanya.   Satu-satunya cara untuk menjadi kuat ialah dengan memastikan setiap dari kita cukup ilmu di dada serta sentiasa mencari maklumat secara lengkap agar tidak mudah dijadikan senjata yang bakal memusnahkan diri sendiri. 



Sesungguhnya, tiada sesiapa yang dapat membantu sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri.  

EDAR BIBLE KIEPADA UMAT ISLAM UTK SONGSANGKAN AKIDAH


 Akhirnya jawapan kepada kesungguhan pakatan haram cuba memperjuangkan kalimah Allah digunakan didalam kitab Bible telah terjawab.  Antara niat murni niat tersembunyi dan niat jahat DAP melobi penggunaan Kalimah Allah rupanya didalangi oleh Evangalis yang sedaya upaya cuba memurtadkan seberapa ramai umat Islam di seluruh dunia.
Mereka tidak mampu menutup mata umat Islam yang benar-benar ikhlas berjuang untuk kepentingan Islam seperti UMNO daripada melihat dengan mata hati bahawa proses kristianisasi ini didalangi oleh DAP yang pemimpinnya kebanyakannya beragama Krsitian.
Bagi umat Islam yang kononnya sangat Islamic tetapi pada hakikat sanggup melacurkan dan menjual Islam pada bila-bila masa seperti PAS  terutamanya Nik Aziz dan Haji Hadi mereka sanggup menutup mata demi kerakusan politik dan pangkat.


Tetapi mungkin ada puak PAS yang bertanya, kenapa tidak ditanya kepada UMNO, bukankah UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu? Jawapannya, kerana UMNO bukan sekutu DAP, dan UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut:
“Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia. Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.” — Nasharuddin Mat sa, 15 Mac 2011 (Malaysian Insider)
Tajuk laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut menjelaskan segala-galanya iaitu “PAS Hormati Injil Bahasa Malaysia”.
Laporan tersebut dibuat oleh Malaysian Insider berdasarkan masalah kemasukan 35,000 nashkah injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia pada ketika itu.
Perkara ini dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan berkata, “tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan dan merampas lebih 30,000 naskhah di dua pelabuhan adalah satu “perkembangan tidak menggalakkan sama sekali.” Beliau menambah bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi imej mengenai Malaysia, yang dilihat sebagai negara moderat, di peringkat antarabangsa.
Seterusnya, Malaysian Insider juga melaporkan bahawa banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam PR menggesa Putrajaya agar membenarkan kitab Injil Berbahasa Melayu dibawa masuk ke negara ini serta merujuk kepada masalah yang berlaku di pelabuhan sebagai ‘sifat cetek gagasan 1 Malaysia’. Lim Kit Siang juga turut menyuarakan rasa ‘marah dan kecewa’ terhadap apa yang berlaku.
Injil berbahasa Melayu dari Indonesia itu menjadi kontroversi apabila menggunakan nama Allah dalam merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Akibatnya, kerajaan telah dikritik oleh pertubuhan Kristian dan dituduh dengan sengaja menahan kitab injil tersebut dari masuk ke Malaysia sedangkan ia tidak salah berdasarkan undang-undang negara.
Pembangkang pula, iaitu PAS, DAP dan PKR mengambil kesempatan membelasah kerajaan atas isu ini atas tuduhan mengambil sikap berat sebelah dengan melebihkan agama Islam serta tidak bersifat terbuka dalam soal agama.
Laporan Malaysian Insider, termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu “Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.”


Dan ini pula petikan kenyataan rasmi Presiden PAS, Hadi Awang di laman rasmi PAS pada 5 Januari 2010, iaitu: “Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.”
Penulis memetik kembali laporan-laporan dan kenyataan-kenyataan ini kerana terdapatnya puak-puak PAS yang cuba menafikan bahawa PAS menyokong Injil dalam Bahasa Melayu sambil menuduh UMNO sebagai tidak mengambil langkah sewajarnya untuk mengekangnya.
Sedangkan, hakikatnya pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang bukan sahaja memberi lampu hijau malah menekan kerajaan agar ‘mengambil sikap terbuka’ mengenainya.
Kini, ‘berkat’ dari perjuangan PAS menyokong DAP agar Injil berbahasa Melayu dibenarkan, maka hari ini terbitlah lagi 100,000 injil berbahasa Melayu untuk edaran. Mungkinkah Nik Aziz akan berkata ‘Alhamdulillah!’ sebagai respon kepada perkembangan ini?
Seperti yang dikatakan di permulaan artikel ini tadi, tidak perlu kita soal untuk apa dan kenapa atau kepada siapa Injil ini akan diedarkan oleh DAP. Kita tahu bahawa tidak lain tidak bukan, ia adalah antara usaha menggiatkan lagi proses memurtadkan umat Melayu yang mana merupakan antara agenda utama Kristianisasi DAP. Dengan penggunaan kalimah Allah dalam kitab injil tersebut maka, agenda ini juga yang nampaknya sedang berjalan seiringan dengan agenda pluralisme PKR.
Dengan laporan Malaysian Insider dan Harakah di atas, maka kita juga nampaknya tidak perlu lagi menyoal apakah pendirian PAS mengenai isu ini.
Sudah begitu jelas, terang lagi bersuluh bahawa PAS pastinya tiada masalah dengan 100,000 injil berbahasa Melayu untuk membantu penyebaran agama Kristian sekali gus usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak gereja.
Apakah PAS akan menafikan pernah berkata seperti di atas? Jika ya, maka PAS perlu terlebih dahulu menyaman Harakah dan Malaysia Insider.
Jika tidak, PAS wajar berhenti dari berdolak dalih dan mengaku sahaja bahawa mereka telah secara sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, bersubahat dalam agenda kafir harbi untuk memurtadkan umat Islam.
 http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/01/foto-wajah-pengedar-bible-di-sekolah-di.html

KHALID !! MUSNAHKAN KUIS SELEPAS UNISEL

Written By LAILANATASHA on Thursday, January 17, 2013 | 11:16 AM


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 semasa Selangor dibawah pemerintahan Barisan Nasional membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan  agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu.  Namun apabila Selangor jatuh ketangan pakatan haram maka nasib KUIS  terutama pelajar dan kakitangan bertukar menjadi mimpi ngeri.

 
Menteri Besar Pakatan Haram, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk memelihara dan membangunkan KUIS  milik kerajaan negeri seperti yang diamanahkan oleh rakyat kepada beliau. Kegagalan Abdul Khalid itu jelas dilihat menerusi dasar pentadbirannya terhadap Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang dikatakan mengalami kemerosotan daripada segi kewangan termasuklah bilangan pelajar. Khalid sepatutnya mengambil perhatian mengenai situasi yang berlaku terhadap KUIS ketika ini selain mencari jalan penyelesaian sewajarnya bagi mengelakkan IPT itu merudum seperti yang berlaku terhadap Universiti Selangor (Unisel) sebelum ini. Khalid sehingga kini difahamkan tidak berbuat apa-apa untuk memulihkan prestasi KUIS selain memulihkan keyakinan para pelajar termasuklah kakitangan kolej universiti itu yang sebelum ini menyerahkan memorandum mengenai permasalahan yang dihadapi oleh IPT tersebut. Mereka yang menghantar memorandum berkenaan  mewakili 200 pensyarah dan kakitangan KUIS kini terpaksa berhadapan dengan tindakan oleh pihak pengurusan kolej universiti itu. Jelas dan nyata bahawa  kemerosotan prestasi KUIS dan Unisel ketika ini berpunca daripada pentadbiran  Khalid yang dilihat lebih ‘politiking’ dalam apa juga perkara membabitkan soal kepentingan rakyat di negeri ini. Ini adalah bukti ketidakmampuan pakatan haram dalam menguruskan pentadbiran negeri khususnya dalam soal pendidikan rakyat.

 
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sekali lagi mengundang kontroversi apabila pihak pengurusannya didakwa membekukan kenaikan gaji tahunan kakitangan sejak 2011. Selain kenaikan gaji tahunan, pihak pengurusan juga didakwa gagal melaksanakan pelarasan gaji pada kadar 13 peratus membabitkan lebih 400 kakitangannya yang sepatutnya dikuatkuasakan pada tahun lalu. Ianya  telah menyebabkan sebilangan besar kakitangan kolej tersebut tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan yang dikatakan sering menjadikan kedudukan kewangan defisit sebagai alasan kenaikan gaji tahunan mereka tidak dapat dilakukan. Tindakan 200 orang ahli akademik dan kakitangan KUIS menghantar memorandum kepada Rektor nya juga merupakan kemuncak kepada kegagalan demi kegagalan pentadbiran regim pakatan Dap, Pkr dan Pas di Selangor.
KUIS1


Setelah Yayasan Selangor merobohkan asrama pelajar miskin di Kg Pandan, UITM Selangor tidak diluluskan pembinaannya, UNISEL mengalami kerugian puluhan jutaan ringgit, kini KUIS pula menerima bahana kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim. Pakatan haram ternyata tidak mampu mentadbir negara kerana  walaupun sebuah Institusi Pengajian Tinggi mereka tidak mampu uruskan dengan baik. Oleh itu rakyat Selangor wajib berjihad pastikan Selangor kembali ke tangan Barisan Nasional bagi menjamin kesejahteraan dan kemajuan Selangor.

SAYANGI SELANGOR
YAKINI  BN

GEMPAR!! HIMPUNAN SAMSIDAR BUAT WAN AZIZAH HANTAR KAKI PUKUL?

Written By LAILANATASHA on Wednesday, January 16, 2013 | 2:05 PM





Riuh rendah seketika dikalangan pimpinan dan penyokong PR membicarakan kekecohan dan hiruk piruk yang berlaku di pintu masuk utama Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) Sabtu lepas.

Dalam kekecohan tersebut dikatakan seorang pengiring kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah ditumbuk oleh seorang penyokong PAS gara-gara enggan memberi laluan kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun mengikut perkhabaran lain dari peserta HKR #KL112 yang berada di tempat kejadian kemungkinan kejadian tersebut berpunca daripada kes mengambil kesempatan dan meraba wanita.

Bagaimanapun ini tiada kaitan dengan sekeping gambar meraba punggung seorang wanita bertudung yang sengaja disebarkan oleh bloggers PR dalam usaha mereka untuk menuding jari menyalahkan bloggers UMNO.

Sebaliknya kes meraba yang diperkatakan ini menyebut lelaki yang bertopi biru itu khabarnya secara tak sengaja 'tersilap raba' isteri lelaki berbaju kuning sewaktu berhimpit di luar stadium dan bila bertemu secara kebetulan di pintu utama stadium maka hutang maruah dilangsaikan melalui tumbukan padu ke kepala lelaki bertopi biru.

Barangkali terangsang dengan kehadiran sesetengah peserta HKR #KL112 yang berpakaian seksi dan menjolok mata, ataupun mungkin juga teruja dan ghairah dengan penampilan golongan pondan lgbt yang menyeksakan mata yang turut serta memeriahkan himpunan anjuran PR. Ada kemungkinannya.

Mengikut maklumat lain daripada anggota Unit Amal yang bertugas pula, mereka mendakwa mendengar laungan Shamsidar daripada lelaki bertopi biru semasa kehadiran Anwar menyebabkan orang ramai mengamuk dan mengusirnya, diikuti dengan satu tumbukan singgah ke kepalanya.

Sementara seorang rakannya pula menyanggah keterangan itu sebaliknya mendakwa laungan yang didengar ialah "Anwar, jam omeganya mana?," kemudian diikuti dengan tindakan penyokong PR yang lain mengusirnya. 

Agak tidak logik keterangan tersebut memandangkan lelaki bertopi biru itu adalah pengiring Anwar ataupun AJK bertugas, tentunya dia tidak tergamak mempertikaikan di mana jam omega Anwar yang sehingga kini gagal ditunjukkan oleh isteri Anwar kepada orang ramai.

Dalam kesemua keterangan di atas, sukar ditentukan mana satu yang betul. Tiada saksi lain yang dapat mengesahkan, tambahan pula sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan polis untuk dibuka kertas siasatan bagi mengelpasti punca sebenar kekecohan.

Namun berdasarkan beberapa video yang sedang ditayangkan di Youtube kebarangkalian besar kekecohan tersebut berlaku sebenarnya disebabkan pengiring Anwar rasa terhina kerana bosnya sebagai Ketua Pembangkang tidak dihormati oleh penyokong PAS untuk menuju dahulu ke pentas.


Tindakan kasar lelaki bertopi biru itu berusaha menghalang rombongan Nik Aziz menyebabkan ramai penyokong PAS berang dan dipercayai menjadi punca utama kekecohan tersebut.

Apapun, sebagai langkah susulan eloklah pemimpin PR membuat penjelasan rasmi untuk meredakan ketegangan, jika betul disebabkan kes raba meraba ataupun provokasi sesama sendiri perlulah dikeluarkan jaminan perkara tersebut tidak akan berulang.

Andainya kekecohan berpunca daripada kelemahan pihak penganjur menyebabkan berlakunya salah faham, maka lelaki yang berkelakukan ganas menumbuk orang lain di depan khalayak ramai itu perlulah diadili mengikut undang-undang.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger