Latest Post

ARTIS SOKONG BN BANTU BELIA BERNIAGA !! ARTIS SOKONG PAS DOK KUTUK ANAK BANGSA !!

Written By LAILANATASHA on Thursday, November 29, 2012 | 1:51 PM






Siapa tak kenal fizo..duta Himpunan Jutaan Belia..banyak beri semangat kepada belia bumiputra supaya mampu berdikari dan mengambil peluang dari Kerajaan BN yang banyak menyediakan peluang kepada anak bangsa !!

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!! UCAPAN DASAR PRESIDEN


Berikut petikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini:

* “Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah, hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi, lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani, kerana merekalah sebetulnya para pengundi."

* “Kenyataannya lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan UMNO. Oleh sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini beserta wawasan masa depan."

* “Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, Pasti tidak akan hilang bisanya."

* “Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia merupakan faktor tonggak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam bidang ketenteraan, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan di medan perang."

* “Dalam sebuah pertubuhan siasah pula, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya. Inti patinya, disiplin berorganisasi bermaksud meletakkan kepentingan organisasi secara di atas..., di atas kepentingan individu."

* “Pada sisi lain, pendapat dan teori politik konvensional yang mengatakan bahawa perubahan dan pembaharuan akan hanya berjaya jika kita menukar kerajaan tidak boleh diterima pakai di Malaysia."

* “Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat."

* “Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji.

Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri."


* “Inilah...inilah tahap kualiti dan hal ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan. Namun, ia tidak langsung mengejutkan kita, kerana, semasa krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada tahun 1997-1998, terbukti, Menteri Kewangan, saya ulang, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi Ketua Pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap."

* “Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam UMNO, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Umum Pembangkang, segala pendirian dan fe"elnya berubah pulak."

* “Dalam Buku Jingga juga pembangkang menjanjikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi realitinya kerajaan Barisan Nasionallah yang berani mengambil langkah, tidak setakat memansuhkan ISA tetapi juga Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan tiga pengisytiharan darurat serta membiarkan ordinan-ordinan yang digubal, lupus."

* “Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar. Baru-baru ini, sampai kepada tahap, sanggup mendoakan kecelakaan kepada UMNO. Sedangkan kita, adalah saudara seakidah."

* “Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain."

* “Jadinya, kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat.
Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut namanya kerana seluruh Malaysia Pasti kenal siapa dia. UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud."

* “Pilihan kepada tuan-tuan dan puan-puan kini antara Barisan Nasional sebagai sebuah parti dengan rancangan holistik tentang halatuju masa depan negara atau parti pembangkang yang kelam kelibut serta bercelaru dibelenggu matlamat pakatan mereka, sama ada mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sebuah negara teokratik atau sebuah negara berkebajikan."

* “Berbalik kepada DAP, kalau kita kaji lagi, sifir dan tafsiran demokrasi ala Parti itu amat mudah. Jika bersetuju dengan kepimpinan, semuanya ok. Akan tetapi, seandainya seseorang ahli mempunyai pandangan berbeza, misalnya Tunku Aziz, mantan Naib Pengerusi mereka, yang tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0 dan tempoh jawatannya sebagai Senator tidak disambung untuk penggal kedua."

* “Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka."

* “Pilihan raya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara."

* “Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri."

* “Justeru, saya selaku Presiden UMNO , bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

Wartawan Malaysiakini Cuba Cetus Kekecohan Di Persidangan UMNO.





"UMNO Anjing, UMNO Sial, UMNO bla bla bla...............

Itulah sedikit sebanyak kata kata cacian dan makian oleh beberapa orang wartawan portal PEMBANGKANG yang terdiri dari Malaysiakini, Harakahdaily, Keadilan Daily, The Malaysian Insider serta jentera cybertroopers pencacai pembangkang ekoran kawalan ketat untuk masuk ke Dewan Merdeka malam tadi.

Segala cacian dan makian mereka pihak pembangkang ini turut mendapat reaksi dari pimpinan pembangkang dengan menyatakan Persidangan UMNO 2012 kali ini membuktikan UMNO menyekat kebebasan bersuara dan bersikap prejudis kerana tidak memberikan portal pembangkang ruang melaporkan berita.
Petugas Media Melalui Pemeriksaan
pihak urusetia UMNO

Gomo naik sawan yang hampir hampir nak kena sawan Babi bila dapat tahu kenyataan tidak puas hati pihak pembangkang dalam isu liputan Persidangan UMNO 2012 ni. Naik sawan sebab selama Gomo menceburi Politik Gomo tak percaya langsung dengan kebijaksanaan wartawan dan juga portal pembangkang ni. Kalau ada wartawan pembangkang yang baik melaporkan berita sekalipun pastinya editor mereka akan mengubah menjadi cerita yang tidak betul dan itu semua kita sudah maklum selama ini.

Ini rumah UMNO maka suka hati kami lah pihak UMNO nak bagi PAS MEDIA kepada pihak wartawan mana sekalipun. Malah Gomo juga difahamkan dalam ketegasan pihak urusetia UMNO ini mereka masih lagi bertoleransi dengan wartawan pembangkang dengan memberikan 2 PAS MEDIA kepada wartawan JUNIOR Malaysiakini.
 
Perwakilan UMNO Melalui Pemeriksaan
Pihak Urusetia UMNO

Tidak cukup dengan itu ada wartawan pihak pembangkang yang tidak mendapat PAS Media yang berlegar sekitar persidangan UMNO ini berlangsung tidak dihalau oleh pengawal keselamatan. Pihak UMNO tidak menghalang mereka masuk sekitar perkarangan PWTC melainkan tempat tempat yang dikhaskan kepada petugas media dan perwakilan.

 Tidak Melepasi Pemeriksaan Dan Tidak Dibenarkan Masuk

 
 Melepasi Pemeriksaan Dan Dibenarkan Masuk

Itulah kebijaksanaan UMNO yang tidak kejam sepertimana yang dilakukan oleh media pembangkang selama ini. Pihak pembangkang sewaktu program mereka berlangsung cukup kejam dengan para wartawan sampaikan pilih bulu untuk membenarkan wartawan membuat liputan.

Rakyat boleh nilai kebebasan media yang UMNO terapkan selama ini, malah sehingga ke hari ini dengan kebebasan media yang ada portal pembangkang bagaikan dirasuk syaitan dengan menjalankan kerja jijik mereka melemparkan fitnah berbagai jenis ke atas pimpinan UMNO dari masa ke semasa. Apakah itu semua mereka pihak pembangkang masih menyatakan UMNO menyekat kebebasan media?
 
Cuak wartawan ni takut tak lepas masuk. He he he

Tidak dinafikan kawalan ketat sepanjang Persidangan UMNO 2012 ini berlangsung sedikit sebanyak merencatkan liputan petugas media yang ada. Namun ini semua dilakukan demi kebaikkan agar perjalanan Persidangan UMNO 2012 berjalan dengan lancar tampa masaalah.

Malah bukan sahaja petugas media yang terpaksa menghadapi kawalan ketat oleh pihak urusetia UMNO, para perwakilan dan ahli UMNO tampa mengira jawatan dalam parti turut menerima nasib yang sama apabila tidak sewenang wenangnya dibenarkan masuk ke sesuatu tempat.Segala pintu dewan mempunyai sistem pengimbas bagi memastikan hanya yang berdaftar sahaja dibenarkan masuk.
Timbalan Presiden UMNO Turut Melalui Proses Pemeriksaan
Pihak Urusetia UMNO

Gomo menyambut baik apa yang dilakukan oleh pihak Urusetia UMNO kali ini demi memastikan Persidangan UMNO 2012 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini rumah UMNO maka UMNO lah juga yang berhak menentukan siapa yang boleh ataupun tidak boleh masuk.
Makcik tu pun nak jadi wartawan jugak.... He He He

Buat puak pembangkang terutama pencacai Cybertroopers mereka yang masuk ke PWTC bagi mencari modal modal untuk menyebarkan propaganda jahat kami mengalu alukan kehadiran anda. Tapi ingat wahai pencacai pembangkang, jangan sampai tertangkap kerana bila dah tertangkap hehehe.... kita kerat KOTE tu..hahaha.
Ramai perwakilan pemuda mahukan aweks ni Periksa Kad Perwakilan Mereka.

PWTC !! FOTO WANITA UMNO MENITIK AIRMATA MOHON ALLAH SEDARKAN AHLI PAS..




"Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan Nasional..."

"Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama..."

"...Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang. Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu, engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi..."

 Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah!

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!

Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah

Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah

Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami

fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah



Ucapan Najib Di Himpunan Barisan 1 Malaysia

Written By LAILANATASHA on Saturday, November 24, 2012 | 7:33 PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan yang dikecapi oleh negara hari ini boleh ditingkatkan lagi dengan penuh cemerlang kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) mempunyai hala tuju yang jelas.

Menurut beliau 'road map' berkenaan boleh menjadikan negara ke arah yang lebih baik dengan tumpuan terhadap rakyat secara adil dan saksama demi kepentingan bersama khususnya untuk kepentingan negara.

"Kita boleh jadikan Malaysia ini lebih baik lagi sebab sudah ada 'road map'. 'Road map' kita dah jelas, terang..... jangan macam buku jingga. Janji macam-macam, kita tidak main janji, kita tunaikan dan kita laksanakan.


Himpunan Barisan 1Malaysia


Program Himpunan Barisan 1Malaysia bakal mencipta sejarah tersendiri dengan penglibatan  badan bukan kerajaan (NGO) terbesar. Seramai 2,348 NGO telah dikumpul oleh seketeriat dan ia merupakan jemputan terbanyak setakat ini. sebanyak 40 peratus adalah golongan belia, 60 peratus pula melibatkan pelbagai bidang termasuk agama, sosial, kerjaya, ekonomi serta jawatankuasa penduduk. Beberapa tokoh akan hadir turut membincangkan pelbagai topik antaranya, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, (Masa Depan Agama & Pembangunan Keluarga), Prof Dr. Sivamurugam Pandian (Masa Depan Hubungan Kaum & Perpaduan), Prof Datuk Sri Dr. Zaleha Kamaruddin (Masa Depan Pendidikan Negara), Tan Sri Lee Lam Thye (Masa Depan Keselamatan dan Kesejahteraan Negara), Dr. Chandra Muzaffar (Masa Depan Sosio Ekonomi Negara).

Sekitar Himpunan Barisan 1Malaysia











Turut diadakan kutipan derma untuk meringankan beban rakyat Palestin di Gaza. Kumpulan Nasyid tersohor tanahair, Rabbani turut diundang membuat persembahan. Himpunan Barisan 1Malaysia ini membawa tajuk, "Untuk Masa Depan Rakyat". Ia akan diadakan pada 24 November ini di PWTC bermula jam 8.00 pagi hingga 1.45 petang.



Anwar Menyokong Israel? Bukti Kekejaman Dan Kejahatan Manusia Durjana

Written By LAILANATASHA on Thursday, November 22, 2012 | 12:00 PM



Sebenarnya rakyat Malaysia amat memahami sikap putar belit dan pembohongan melampau Anwar.  Semasa di dalam Kabinet, beliau akur dan patuh kepada pendirian kerajaan namun setelah disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, rakyat mula melihat sikap sebenar atau ‘true colours’ Anwar berkaitan isu Palestin.

Anwar dalam membahaskan usul  tergempar  mengutuk serangan dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel  turut mengutuk dengan keras perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza yang lemah lagi tertindas.
Namun begitu kenyataan beliau semasa diinterbiu oleh akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari tahun ini menyerlahkan sebenarnya sokongan  Anwar terhadap Yahudi  dalam konteks konflik Palestin-Israel.
Menurut Anwar , “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” atau “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel.”


Begitu  juga dengan  kenyataan songsang anaknya, Nurul Izzah yang seolah-olah mengalakkan orang Melayu murtad tidak dapat disangkal, begitu juga kalimat yang diucapkan oleh Anwar tidak mampu dinafikan walaupun sedaya mungkin mahu dijelaskan dengan pelbagai cara.
Sikap talam dua muka Anwar Bin Ibrahim yang  menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi malangnya pada masa yang sama juga mencintai musuh yang membunuh beribu kanak-kanak, wanita, orang tua serta rakyat Palestin yang tidak berdosa sejak 64 tahun menduduki wilayah tersebut telah terbongkar akhirnya.
Anwar  tidak mahu kehilangan sokongan kawan-kawannya Yahudinya yang berpengaruh di Washington dan London dalam usaha politik untuk menjadi Perdana Menteri. Ini adalah kerana golongan Yahudi kaya yang terus membiayai rejim Zionis untuk melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin, inilah sahaja  harapannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Seluruh kaum di Malaysia terutamanya kaum India amat mengenali sifat munafik Anwar kerana mereka adalah mangsa kemunafikan Anwar dalam isu Kg Buah Pala. Oleh itu, kutukan Anwar terhadap kezaliman rejim Zionis di Gaza semasa perbahasan usul tergempar itu hanyalah usaha untuk menutup sikap munafik beliau yang secara senyap dan terang menyokong Israel dan golongan Zionis-Yahudi.
Beliau pernah menuding jari mengkritik hebat tindakan kerajaan mengupah firma komunikasi APCO dan mengaitkan syarikat itu dengan tokoh-tokoh Yahudi di Israel dan Amerika Syarikat tetapi lupa bahawa beliau sentiasa di dalam dakapan pemimpin Yahudi ketika berada di luar negara.
Siapakah yang ditemui oleh Anwar setiap kali beliau bertandang ke Amerika Syarikat jika tidak pemimpin-pemimpin Yahudi yang telah beliau kenali dengan rapat semasa berada di dalam kerajaan lagi?
Kita sebagai rakyat Malaysia jangan biarkan Anwar terus menipu tanpa henti.  Kuburkan pakatan haram di PRU13 akan datang.

Ketaksuban Pas Untuk Tawan DAP





Muktamar PAS ke-58 boleh dikatakan berjaya mencetuskan kekuatan baru kepada PAS dalam menghadapi PRU ke-13.  Malangnya, kekuatan yang dijana khas untuk menghancurkan UMNO telah tersasar akibat doa yang penuh dengan dendam kesumat dan benci yang amat sangat terhadap saudara seagama, yang mana menyalahi agama Islam. 

Doa tersebut yang diharap dapat menimbulkan semangat akar umbi PAS, di masa yang sama telah menimbulkan rasa cuak dan gerun dengan ketakburan pemimpin PAS di kalangan pengundi atas pagar.

Selain doa yang memakan diri, kekuatan PAS juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan parti sekutunya yang masing-masing ingin menjadi peneraju utama serta enggan menjadi nombor dua atau tiga.   Oleh itu, kekuatan PAS yang diperlihatkan dalam Muktamar tersebut juga bermakna ancaman kepada DAP.   PAS nekad inginkan Perdana Menteri dari parti mereka dan akan pastikan parti itu menguasai sekutu-sekutunya. 


Mungkin setakat ini, DAP tidak merasa tergugat kerana yakin yang PAS tidak akan bertanding kerusi yang cukup untuk membolehkan mereka menguasai Pakatan Rakyat.  DAP yakin yang Hadi Awang akan mati beragan sahaja akhirnya, kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri sehingga akhir hayatnya.   

Lagipun, Hadi Awang, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Nik Aziz apa bezanya?  Semuanya boleh dipegang, ditunjal-tunjal dahi, dilipat, dipusing dan diterajang untuk mengikut telunjuk DAP.  Tidak perlu pegang rahsia atau bukti gelap mereka pun, cukup dengan  menjegilkan mata, pasti terduduk semuanya. 

Tetapi, DAP gagal mentafsir kejahilan penyokong PAS.  Penyokong PAS adalah manusia taksub, yang akan menelan apa saja yang difatwakan oleh pemimpin mereka.   Kerana taksub, maka PAS mampu membekalkan tenaga untuk berdemonstrasi.  Orang-orang PAS mudah dipengaruhi dan dihasut untuk mencetuskan keganasan.  Ketaksuban menjadikan mereka manusia yang sentiasa marah, tidak tenang, penuh dengan kebencian dan berkeinginan melakukan kemusnahan.   Lebih merbahaya apabila semua tindakan negatif ini pula diberi nama jihad, bagi menjustifikasikan sifatnya yang bertentangan dengan Islam.   Justeru, perasaan bersalah tidak wujud sama sekali, sebaliknya hanya semangat membara kerana percaya mereka melakukan semua itu kerana Allah SWT. 

Justeru, walaupun DAP mampu memegang ‘kolar’ pemimpin PAS, tetapi yakinkah DAP yang mereka mampu menahan asakan semangat penyokong-penyokong PAS yang ingin melihat pemimpin mereka berada di tempat teratas? 

Ingatlah kejahilan yang dicampur dengan ketaksuban dan semangat jihad tidak bertempat telah mencetuskan peristiwa berdarah Memali dan Sauk.   Dan kejahilan, ketaksuban dan semangat yang sama kini terpancar dalam Muktamar ke-58 PAS.

PAS nampaknya nekad untuk tidak membiarkan parti mereka dipijak-pijak oleh DAP mahupun PKR.  Malah PAS begitu berani mengenepikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mengingkari perjanjian dengan DAP dan PKR.   

Mungkin menjulang Hadi Awang sebagai PM hanya gimik politik PR dalam usaha mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Pas, tetapi, nampaknya PAS telah terlebih suntik semangat kepada penyokongnya.   Penyokong PAS kini benar-benar percaya yang pemimpin mereka mampu menunaikan hasrat mereka. 

Nampaknya, Anwar dan DAP kini perlu lebih berhati-hati dalam menilai kebodohan PAS. 

Kita mungkin boleh membaca tindakan orang yang bijak, tetapi kita tidak mungkin boleh menjangkakan tindakan orang yang bodoh.  Orang bodoh tidak berfikir panjang dan tidak merancang tindakannya.  Selalunya mereka bertindak mengikut emosi dan keadaan semasa.   Apabila emosi menguasai, soal fakta dan angka kerusi yang ditandingi dan dimenangi tidak membawa makna kepada mereka. 

Penyokong-penyokong PAS telah nekad bahaya hanya Hadi Awang yang layak menjadi Perdana Menteri dan PR hanya boleh memerintah dengan PAS sebagai paksi.   Mereka akan pastikan PAS bertanding kerusi terbanyak walau apapun terjadi. 

Berdasarkan hakikat ini, DAP dan PKR mungkin perlu memikirkan semula di mana letaknya parti dan pemimpin mereka dalam semangat juang PAS menghadapi pilihanraya. 

Jelas, strategi menang dahulu, fikir kemudian mungkin terlalu merbahaya untuk diteruskan. 

Apakah telah tiba masanya bagi PR untuk menilai kembali pakatan mereka?

Ronnie Liu Dicabar Letak Jawatan Jika Gagal Tangani Isu Kondo Batu Caves


 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M.Manoharan dari DAP mencabar Anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Thian Kiew  supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.

Pihak pembangkang terutama DAP cuba mempolitikkan isu yang amat sensitif ini.  Projek pembinaan kondominium itu telah dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dan akan menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.  Seperti biasa Ronnie si biadap ini telah mencabar PM  supaya menghentikan projek kondo serta merta tanpa menunggu BN ambil alih Selangor dengan alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh untuk menarik balik lesen projek berkenaan daripada pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd.

Tamparan hebat terhadap Ronnie si biadap kerana rakan baiknya berkata  “Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ini adalah antara alamat yang jelas menunjukkan bahawa berlaku perpecahan dikalangan DAP itu sendiri. Banyak tindak-tanduk Ronnie Liu ala gangster yang telah membuatkan para pemimpin DAP yang lain cuak terhadapnya. Tetapi PAS yang dikeldaikan oleh DAP sentiasa menyokong segala tindak-tanduk sibiadap ini seperti kes rampasan arak, murtad , pusat hiburan dan lain-lain lagi.

Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan negeri berkata isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.

Katanya kajian awal pihaknya mendapati pemaju projek kondominium itu tidak mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan dalam kelulusan pembangunan dan kerajaan negeri mempunyai hak memberhenti ataupun membatalkan projek itu tetapi perlu dibuat secara profesional.

Ronnie Liu berkata projek kondominium itu mendapat permit penjualan pengiklanan dan sebanyak 60 peratus daripada sejumlah 400 unit rumah telah dijual. Agaknya berapa keuntungan yang telah dibuat oleh Ronnie.

Projek pembinaan kondominium itu mendapat perhatian apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves melakukan bantahan terhadap projek berkenaan yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil berkenaan. Justeru kerajaan Selangor mengarahkan pemaju untuk menghentikan pembinaan kondominium itu untuk memberi laluan kepada siasatan dijalankan.


Pas Manipulasi Doa Nabi

Written By LAILANATASHA on Wednesday, November 21, 2012 | 10:00 PM




"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu telah izinkan bumi Mu telan Qarun, Ya Allah...Kamu laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan Umno dan BN dalam PRU13..", itulah bait-bait doal yang dilafazkan oleh adik Nik Aziz, Nik Razi.

Mereka merasakan perlu melafazkan doa sedemikian kerana pada mereka kerajaan BN telah bersikap zalim kepada Islam dan umat Islam setelah memerintah lebih 50 tahun.  Bentuk kezaliman yang bagaimana tidak pula dinyatakan oleh Pas. Mungkin erti zalim pada mereka ialah kerana tidak melantik Nik Aziz sebagai Perdana Menteri.

Zalim sangatkah UMNO kepada umat Islam khususnya di Malaysia. Jika benar UMNO bersikap zalim, mana mungkin terdirinya masjid-masjid yang indah dan selesa di seluruh negara. Cuma terpulang kepada orang Islam itu sendiri sama ada mahu atau tidak melaksana suruhan Allah. Tempat telah disediakan, seruan juga telah dipalu (pendidikan agama), hanya tepuk dada tanyalah iman.

Jika Umno zalim, tidak mungkin madrasah-madrasah yang ada sekarang tumbuh bagai cendawan. Malah ada pula madrasah yang mendapat bantuan kerajaan negeri BN. Dan terbaru pada 8 Nov, PM Najib telah melancarkan Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia. Walaupun terdapat beberapa wakil pemilik sekolah pondok yang menolak, namun kerajaan telah berusaha untuk melihat sekolah pondok atau madrasah yang mengkhusus kepada Islam terus berkembang. Zalimkah itu?

Jika UMNO zalim, tidak mungkin para jemaah haji kita akan merasa betapa bersyukurnya mereka jika hendak dibandingkan dengan jemaah negara lain. Zalim sangatkah jika kerajaan dengan rela hati menanggung subsidi RM 5000 untuk setiap jemaah melakukan ibadah haji. Tanyalah kepada mereka yang menunaikan haji menggunakan Tabung Haji, dan tanyakan juga kepada mereka keadaan jemaah negara lain. Memang benar ibadah kerana Allah, tapi bukankah kita digalakkan bersyukur dengan pengurusan yang baik, para jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan selesa.


Fakta di atas merupakan sekelumit bukti yang menunjukkan bahawa UMNO tidak menzalimi Islam dan umatnya. Apakah puak-puak Pas hari ini dilarang mengerjakan solat oleh UMNO? Tentu tidak. Jadi dimana zalimnya. Malah himpunan solat hajat yang mendoakan kehancuran UMNO juga tidak dibalas dengan doa yang sama oleh UMNO. Apakah orang Pas dilarang mengerjakan haji? Difahamkan sekumpulan imam yang ditaja oleh kerajaan mengerjakan haji baru-baru ini merupakan penyokong Pas. Begitu juga orang-orang Pas yang terdapat dalam perkhidmatan kerajaan. Adakah mereka ditamatkan khidmatnya?

Walau apa pun alasan Pas, rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam aman dan harmoni. Setiap agama bebas menjalan ibadat masing-masing. Tiada penindasan dan kezaliman yang kerajaan lakukan.

Sebenarnya Pas cuba mengaitkan doa tersebut dengan doa yang Nabi baca semasa kepungan tentera musuh ke atas Madinah selama 27 hari dalam Perang Ahzab. Pas cuba menggunaka cara yang sama untuk menghancurkan musuh islam kononnya. Bila masa pula yang UMNO mengepung Pas dan bila masa pula UMNO mengarahkan tentera memusnahkan Pas. Antara doa Nabi semasa dalam kepungan:

ุฏَุนَุง ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْุฃَุญْุฒَุงุจِ ุนَู„َู‰ ุงู„ْู…ُุดْุฑِูƒِูŠู†َ ูَู‚َุงู„َ ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ู…ُู†ْุฒِู„َ ุงู„ْูƒِุชَุงุจِ ุณَุฑِูŠุนَ ุงู„ْุญِุณَุงุจِ ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงู‡ْุฒِู…ْ ุงู„ْุฃَุญْุฒَุงุจَ ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงู‡ْุฒِู…ْู‡ُู…ْ ูˆَุฒَู„ْุฒِู„ْู‡ُู…ْ
(Ya Allah, yang menurunkan Kitab, cepat perhitungannya. Ya Allah hancurkanlah pasukan bersekutu. Ya Allah, hancurkanlah mereka dan porak-perandakanlah mereka)


Pun begitu doa yang Nabi mohon dalam keadaan yang benar-benar terdesak. Dalam keadaan yang tidak begitu tertekan, Nabi lebih memohon kesejahteraan pelakunya. Dalam satu peristiwa dimana penduduk Taif yang keras menentang Nabi, para malaikat penjaga gunung dan bukit bukau bertanya jika Nabi mahu mengarahkannya membinasakan mereka. Nabi menolak permintaan malaikat tersebut lalu berdoa "wahai Tuhanku, berilah hidayah dan petunjuk Mu kepada kaum ku kerana mereka tidak mengetahui".

Jelas doa Pas adalah doa talian hayat politik Pas.

Mahfuz Dan Salahuddin Tidak Bersama Hadi Awang ?




Dalam kelam kabut menyusun calon PRU 13, kelam kabut menyusun barisan kabinet kiranya pakatan haram menang dan dalam kelam kabut menentukan serta melobi jawatan Perdana Menteri, akhirnya dua orang kuat pas menikus tidak berupaya bersuara menyokong hasrat akar umbi pas yang begitu ghairah mencanangkan Hadi Awang sebagai PM kiranya mereka menang.

Semalam, di lobi parlimen, kedua pemimpin tertinggi pas, Mahfuz Omar dan Salahuddin bila ditanya, siapakah bakal PM kiranya pakatan haram menang, mereka berdua seolah berjanji dan sudah sepakat untuk tidak menamakan Hadi Awang, Presiden mereka sendiri sebagai PM. Sebaliknya hanya menjawab, menang dulu PRU baru kita tahu.

Apakah isyarat ini mereka berikan kepada akar umbi supaya jangan terlampau ghairah canang nama Presiden mereka sendiri sebagai PM atau isyarat ini menjelaskan bahawa geng anwarinas akan bersama Anwar selepas PRU13 ?

Sikap gantung telor ini amat mengecewakan ahli pas sendiri, seolah-olah dilihat Hadi Awang tidak mampu untuk menjadi pemimpin No 1 negara. Sumber dalaman parti juga memberitahu bahawa kumpulan anwarinas dalam pas semakin besar dan inilah sebabnya mereka dilihat sebagai dominan dalam setiap keputusan majlis tertinggi pas termasuk syura dewan ulama.

"Play safe" juga jelas kelihatan di wajah kedua pemimpin tertinggi pas ini, supaya ahli melihat mereka matang berpolitik, tetapi strategi ini jelas memakan diri bila mereka telah d bandingkan dengan keupayaan UMNO BN dalam mempertahankan Pemimpin No 1 parti.

Kalau UMNO atau parti komponen BN yang lain, mereka akan terus memberikan sokongan padu kepada Presiden parti mereka, kenapa tidak berlaku sedemikian dalam pas ? Inilah yang menyebabkan ramai ahli pas mula kecewa kerana sudah masuk unsur mencari kekayaan dalam parti.

Isu Ketua Pemuda Pas Malaysia mengaku menerima gaji bulanan juga hebat diperkatakan selepas tamat muktamar pas baru-baru ini, ramai ahli mereka sendiri tidak tahu bahawa wujudnya 'pengambilan duit bulanan" bagi jawatan tertentu dalam parti.

Apakah unsur 'big brother' yang sponsor duit kepada pemimpin pas itu benar seperti yang didedahkan bahawa Mat Sabu dibayar RM15k sebulan bersama sembilan pemimpin pas yang lain ?

Nik Razi Sedar Silap Baca Doa




Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas. 

Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat. 

Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

Atau sebenarnya wujud tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang didakwa membawa panji-panji Islam?

Pun begitu jika membuat kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.

Khalayak ramai tidak lupa, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelum ini, PAS melalui Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Namun bila ia menyebabkan orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS, akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.

Dalam pada itu, disebalik kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.

Tabiat biasa Nik Aziz macam itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.

Skrip sama sejak dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut sendiri dah berjangkit pada adiknya.

Lengkaplah sudah kedua-dua manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus, gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri.  

DAP Rampas Harta Rakyat Selangor Lagi?


Sesungguhnya kita amat sedar akan agenda DAP di tanah Selangor ini.  Selain daripada menukar tanah Selangor kepada tanah hak milik Kristian, DAP yang amat bimbangkan pada kekalahan yang bakal tiba di PRU13 nanti telah membuat persiapan yang cukup terperinci bagi memastikan kuasa mutlak ekonomi Selangor  terus berada ditangan kaum DAP. Menyedari bahawa  syarikat Worldwide Holdings Bhd merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti teras iaitu pembangunan dan pengurusan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan merupakan lubuk emas yang mereka tidak mampu lepaskan maka pemimpin DAP cuba menjalankan penipuan dan silap mata bagi menguasai syarikat ini.
Pembongkaran dalam bentuk  video di sidang media oleh  DS Noh Omar tentang perancangan terbaru pentadbiran Khalid Gagap. Dokumen yang diperolehi sudah cukup untuk membuktikan dakwaan bahawa wujud unsur-unsur conflict of intrest di dalam pengurusan PKNS itu sendiri.


Selepas mendedahkan tentang usaha Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mahu memindah hak milik aset komersialnya, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa sebuah lagi anak syarikat dikatakan merancang menjual sebahagian pegangannya bernilai RM150 juta.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa syarikat Worldwide Holdings Bhd. yang dimiliki PKNS itu dikatakan mahu menjual pegangannya itu kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.
Katanya, syarikat berkenaan yang ditubuhkan pada 21 Mac 2012 dengan modal berbayar RM100,000 mempunyai dua orang pemegang saham dan pengarah terdiri daripada orang yang sama.
”Berdasarkan carian kita dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), didapati dua pengarah syarikat itu telah ditukarkan kepada pegawai-pegawai PKNS pada 22 Mei lalu.
”Namun dua orang bukan bumiputera tersebut masih kekal sebagai pemegang saham. Jadi apa yang kita persoalkan sekarang apakah motifnya pegangan syer dalam Worldwide yang bernilai RM150 juta dijual kepada sebuah syarikat bukan bumiputera?”
Worldwide Holdings merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti teras iaitu pembangunan dan pengurusan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan.
Sayap ekonomi PKNS tersebut dikatakan menguruskan aset mencecah hingga RM1 bilion.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berjaya memerintah, mereka memiliki sejumlah harta yang banyak hasil tinggalan kerajaan BN dahulu.
Namun, beliau kesal apabila satu persatu harta yang dimiliki oleh kerajaan negeri mahu dijual dan dipindahkan sebagaimana yang disaksikan dalam isu membabitkan aset-aset komersial PKNS.
”Kami menjangkakan mungkin mereka cuba memindahkan aset-aset berkenaan satu persatu setelah usaha awal sebelum ini dilihat terbantut ekoran pendedahan yang kita buat dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat penafian baru-baru ini bahawa harta tersebut tidak dijual,” katanya.
Noh menyatakan kebimbangannya apabila sejak akhir-akhir ini ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 menjelang hampir, semakin banyak transaksi cuba dilakukan.
”Adakah tindakan tersebut untuk menjana dana politik?” katanya.
DS Noh Omar sekali lagi mendedahkan perancangan kerajaan penyamun tarbus pimpinan Khalid Gagap mahu menjual saham di dalam anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holding dengan nilai RM150juta. Mengikut maklumat daripada laman web Worldwide Holding mereka ketika ini menguruskan aset-aset bernilai RM 1 billion. Klik Sini


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger